Puisi – Permulaan

In Puisi 134 views

yang gelap itu beransur terang,
yang malap mulai berkilauan,
yang padam kembali menyala,
yang lahir kian membesar,
yang mati akan hidup berkitar kembali,
yang kuncup berkembang semekarnya,
tanah kering bertukar subur, dibasahi, dilimpahi kurnia Tuhan,
unggas unggas terbang jauh menembusi lapisan awan,
tinggi melayang-layang khayal seenaknya di angkasa raya,

air sungai mengalir tenang lagi jernih hinggakan batu-batu sungai
yang kecil itu jelas kelihatan dari tebing,
haiwan-haiwan air riang berlompatan lincah bermain sesama sendiri,

udara hutan yang sembap bertukar segar bersih,
bunga-bunga hutan menghembuskan wangi-wangian memukau segala isi hutan,
matahari terik menyirami segala hidupan bumi,
rimbunan awan bagaikan daunan pohon besar tanpa dahan meredupkan
lapangan luas di atas bukit,

lapangan itu lalu menjadi pentas,
pentas mainan untuk sesiapa saja, untuk menari-nari keriangan,
menari melupakan lara buat seketika,
di situ jua si dia muncul,
muncul di tengah-tengah lapangan luas terbentang,
dikelilingi segala jenis bunga-bunga liar yang tumbuhnya menjalar-jalar,
diselubungi haruman wangi semerbak,
kelihatan senyuman si dia yang manis terpampang
di wajah ayunya yang bujur,
terserlah tahi lalat kecilnya di pipi kiri,

Itulah hidup baru aku.

Penulis : Sang Bulan

Tags: #puisi awal #puisi cinta #puisi sayang

Puisi – Senja Menjelang Malam
Judul: Senja Menjelang Malam Oleh: Zuprie Em
Puisi – Aku Melihat Bara Dimatamu
Judul: aku melihat bara dimatamu Oleh: Muhamad
Puisi – Aku Rindu Kau
Judul: Aku Rindu Kau Oleh : Karyadi
Puisi – Setapak Jalan Dulu
jalan setapak yang terlupakan terkapar dibakar matahari
Puisi – Pada Suatu Petang
Judul: Pada Suatu Petang Oleh: Aprinol Zikri

Leave a reply "Puisi – Permulaan"


Top